Followers

Friday 29 July 2011

Polis diberi 24 jam mohon maaf kepada Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR, 29 Julai: Peguam kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamed Hanipa Maidin hari ini menyerahkan notis tuntutan kepada polis bagi meminta maaf kepada anak guamnya dalam tempoh 24 jam.

Notis itu telah dihantar dengan tangan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman jam 4 petang tadi dan menuntut Ketua Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Salleh Mat Rashid memohon maaf kepada Mohamad Sabu kerana memfitnah timbalan presiden PAS itu.

"Kami menuntut ia dibuat dalam masa 24 jam melalui semua media termasuk tv dan akhbar.

"Saya telah diarahkan oleh anak guam saya untuk memfailkan saman fitnah terhadap Datuk .... Jika tidak dibuat dalam masa 24 jam," kata Hanipa kepada Harakahdaily.

Saturday 23 July 2011

Video polis sesuai zaman TV hitam putih

KUALA LUMPUR, 23 Julai: Video yang ditayangkan pihak polis Khamis lalu mengenai himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai sesuai untuk zaman televisyen (TV) hitam putih. “Sayang seribu kali sayang, skrip ini hanya sesuai di zaman televisyen hitam putih, sedangkan sekarang zaman IT yang bergerak pantas seperti kilat,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.
Justeru, katanya sekarang polis Malaysia berada di dalam keadaan serba salah untuk menafikan bahawa mereka tidak berkasar ketika menghadapi demonstrasi Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.
Terbaru, ujarnya polis terpaksa menayang rakaman video menunjukkan layanan baik polis.
Tambahnya, hampir dua minggu baru polis menyiarkan video versi polis sedangkan seluruh dunia sudah menyaksikan kegaganasan polis sewaktu berhadapan dengan peserta demo melalui Youtube yang disiar selepas beberapa minit demo berlalu.

Friday 22 July 2011

Buat apa saya tipu

GEORGETOWN, 23 Julai: “Buat apa saya tipu, siapa mahu masuk hospital, duduk saja, tidak boleh berceramah hentam Umno yang zalim,” kata  Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu.
Justeru, katanya semua yang polis paparkan dalam tayangan video mengenai kemalangan melibatkan beliau pada himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu adalah tidak benar.
“Gambar kereta yang merempuh saya yang sedang membonceng motosikal tidak kelihatan dalam gambar kerana Pajero milik polis berada di hadapan.
“Jika tidak pasti nampak kereta polis (Proton Waja) merempuh sehingga saya terjatuh dari motor,” ujarnya ketika ditemubual di sini, semalam.
Bagi menangkis tohmahan jahat polis, beliau sudah pun mengarahkan peguam PAS, Mohamed Hanipa Maidin menyaman Pengarah Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Saleh Mat Rashid yang melemparkan tuduhan, menghina dan memfitnahnya.